Kau lihat aku senyum sentiasa.
Bergelak ketawa bagai dunia tiada akhirnya.
Kau kata aku seorang yang ceria, bahagia, tanpa lara.
Aku suka.
Suka di'label' sebegitu rupa.
Tapi hidup tanpa pancaroba.
Itu bukan hidup namanya.
Tiada kehidupan yang sempurna.
Melainkan Dia Yang Maha Sempurna.
Maka ingin aku katakan.
Ingin sekali aku ingatkan.
Aku punya kisah duka.
Aku punya sengsara.
Cuma kau yang tak tahu cerita.
Dan tak perlu untuk aku cerita.
Kerana tiada pentingnya itu semua.
Penting sekali untuk kau tahu.
Bahawa aku punya hati.
Punya jiwa.
Punya perasaan.
Punya emosi.
Punya fitrah yang dikurnia Sang Pencipta.
Mudah terluka, terasa hati.
Cuma aku jarang peduli.
Malas penat payah lelah.
Kerana aku tahu tiada siapa yang akan peduli.
Jadi?
Mari bersama menjaga hati.
Mari bersama menjaga diri.
Moga jauhlah kita dari berkelahi.
(:
No comments:
Post a Comment