Thursday, 26 September 2013

Twenty-ten-twenty-eleven.

Aku rindu.
Kau, aku, kita, mereka.
Bersama gila-gila.
Bergelak ketawa, bergembira, bercanda, bergurau senda.
Berkongsi cerita suka duka.

Kau, aku, kita, mereka.
Steady bersama.
Tiada lara, tiada sengketa, tiada terasa, terluka, cemburu buta.
Hanya gembira.

Dan aku damba pertemuan semula.
Hampir setiap hari.
Tapi bila?

Kau, aku, kita, mereka.
Aku simpan kemas cerita kita.
Dan aku tak pernah lupa.
Malah aku tak mahu lupa.
Kerana ia cerita kita.
Kita bersama.

Dan ini bukan puisi puitis untuk mencari publisitiss.
Ini suara hati.
Dengan harapan kau mengerti.

Ps/ Akhirnya aku punya cerita. Cerita hati yang terpendam sekian lama (:

No comments: