Sunday, 29 September 2013

Pujuk hati.

Semalaman,
Malah sehingga kini,
Sepotong ayat itu terus berlegar-legar di minda,
Berdengung-dengung di telinga,
Mohon dimengerti,
Mohon dihayati,
Mohon tidak disalah erti.

Lantas datang angin kekuatan,
Bercampur ketabahan,
Bersama sedikit keyakinan,
Menyusup masuk meresap jiwa,
Lantas memujuk hati menjauh dari lubuk kecewa.

Benarlah kata orang,
Tak semua benda yang diimpi,
Mampu menjadi realiti.
Tak semua benda yang diingini,
Mampu untuk dimiliki.

Kerana dunia Dia yang punya,
Dia yang punya hak,
Dia yang Maha Berkuasa,
Dia yang Maha Mengetahui,
Dia yang Maha Memberi.

Maka hati terpujuk jua,
Kata hati,
"Lepaskan hati, lepaskan saja,
mungkin bukan itu takdirnya,
Yakinlah hati, yakin saja,
pasti akan ada yang lebih baik menanti."

Dan pada pagi ini,
Sejurus mata tercelik,
Sejurus ucapan syukur terlafaz di bibir,
Sejurus itu juga hati dan minda seiring sepakat berkata,
"Mari berhenti mencuba dan berharap pada yang tak pasti, lantas fokuskan diri pada yang utama."

(':

Ps/ Let action speaks louder than word Nadiya. You can do it ! :D

No comments: