Masa lalu jadikan aku lebih berhati-hati. Dan boleh jadi terlalu berhati-hati.
Masa lalu jadikan aku kurang peka terhadap persekitaran.
Masa lalu jadikan aku kurang mengerti makna berkasih sayang antara sahabat.
Tentang sahabat,
Ada satu persoalan yang kerap aku dengar pada masa lalu.
Satu persoalan yang aku tak suka sehingga ke harini.
Satu persoalan yang aku tak ingin tanyakan dan tak ingin aku luahkan kepada diri sendiri mahupun orang lain.
Tapi sekarang persoalan itu juga yang bermain-main dalam minda aku sekarang.
Aku biarkan ia bersarang atas dasar benci dan menyampah.
Hakikatnya,
Aku biarkan ia bersarang kerana aku bimbang dan takut.
Aku tak mahu pisang berbuah dua kali.
No more, please.
Cukuplah sekali.
Aku tak kuat nak hadap mistake yang sama banyak kali.
Am not as strong as what you think.
Sorry.
I've had had enough.
No comments:
Post a Comment