Tuesday, 15 October 2013

Tertentu.

Ada sesetengah orang, bila ditanya tentang pekerjaan ibu bapanya, jawapannya cukup sadis;

"Mak saya cikgu jee..."
"Ayah saya peneroka je..."
"Mak ngan ayah dua-dua peraih je..."
"Em, supervisor je..."
"Ohh lecturer je..."

Kenapa? Kenapa mesti ada 'je' di penghujung jawapan? Seolah-olah kau perlekehkan mereka. Kau sedar tak tu?

Kau patut lebih tahu halal haramnya pekerjaan mereka. Jika benar halal, bersyukurlah. Sekurang-kurangnya kau kenyang dengan rezeki yang halal. Berbanggalah, kerana mereka sudah berbakti untuk agama, bangsa, dan negara secara langsung dan tak langsung. Bergembiralah, kerana kau punya ibubapa yang masih punya kudrat memerah keringat mencari rezeki demi masa depan anak-anak, demi masa depan kau.

Pada masa akan datang, jawablah dengan lebih yakin. Muliakan pekerjaan mereka yang halal. Angkatlah nama mereka sebaik mungkin seolah-olah apa yang mereka kerjakan itu adalah pekerjaan yang terbaik di dunia ni !

:D

No comments: