It has been a very long time ago. Dan sekarang rasa itu telah tiada. Malah aku sangat yakin bahawa rasa itu telah mati. Telah lama mati. Mati terkubur tiada bertanda. Mati, lalu mereput.
Tapi mengapa semalam hati aku jadi sakit? Dan tak semena-mena naluri keperempuananku tercuit?
Masih cemburukah aku?
Kejamkah aku mencemburui kebahagiaan insan lain?
Atau hanya sekadar mainan perasaan, diapikan oleh sang syaitan?
Atau mungkin jua aku berilusi cuma?
Ya. Segalanya mungkin.
Sudahlah hati. Lepaskan semuanya. Relakan segalanya. Tinggalkan yang lalu dan mulakan langkah menuju yang baru. Oh. Jangan lupa bawa bersama iktibar yang ada untuk dijadikan bekalan dan pedoman bersama. Semoga diri tak tersilap langkah lagi. Semoga hati tidak luka jika diuji untuk kesekian kali. Semoga segalanya menjadi lebih baik daripada apa yang diimpi.
(:
No comments:
Post a Comment