Monday, 18 February 2013

Hikmah#2.

Assalamualaikum.

Vandalisme secara kasarnya membawa maksud kepada perbuatan merosakkan harta benda awam. Vandalisme di tandas, kerap berlaku di sekolah dan tandas awam yang berprestij rendah. Hal ini kerana, budak-budak weh, biasalah tak matang, dah tu jenis yang bawak pensel, pen, marker, liquid gi mana2. Stress je luah kat toilet. Tak puas hati je tuleh kat toilet. Dengan harapan orang baca. Yang dok vandalisme kat toilet awam tu, no komen. Mungkin sebab toilet tersebut berprestij rendah, al-maka ia lebih kerap dikunjungi oleh golongan manusia yang berfikiran di tahap yang rendah juga. Mungkin. Ada yang aku tak boleh blah siap tuleh,

"Jangan conteng la woi, buat buruk toilet je"

Sah lah dia bangang skali sebab join the club. Dan aku pun pernah jadi bangang. Mmmm. DULU. Bangang. Mmmm. Aku. Masa sekolah rendah. Tak matang. Cepat terpengaruh.

Al-kisah aku dulu pernah ada geng. Dan pernah bergaduh sesama sendiri. Biasa la bro. Kawan kan. Ada pasang, ada surutnya. budak lagi pulak tu. Masing2 nak menang je. Bila gaduh, tak puas hati conteng kat toilet. Luah kat toilet. Sampai satu masa, terkantoilah segala dengan cikgu aku, Cikgu Selamat nama dia, merangkap jiran aku dulu dan kini. Nak lagi sedap, kantoi sekali ngan Cikgu Islamiah, merangkap ibu kandung aku, dulu, kini dan selamanya. Memang selamat sungguh aku masa tu. 2 in 1. Al-maka Cikgu selamat sediakan tong2 cat yang masih baru, beserta berus cat sekali. Ya, kami didenda. Cat toilet sampai baru. Satu geng kena. Itu kira cukup lembut bukan Guru Besar yang denda. Mau kena rotan kau. Lepas tu, kami berdamai. Sambil cat toilet, sambil bermaafan. Gelak ketawa, like nothing happened.

Sejak dari hari tu, den tobat tak buek doh. Sampai sekarang, I hate vandalisme. Sensitip ok nampak vandalisme kat toilet. Tercermin kebodohan diri di situ. Ekekek.



Ps/ Now, nampak tak hikmah dia? :D

No comments: