Friday, 18 May 2012

Aku pemalas. -.-

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia semua!

Oh ini entry untuk diri sendiri dan makluman semua. Aku pemalas. Definitely. Tak dinafikan lagi memang aku pemalas sejak azali. Hanya mereka yang bertuah sahaja dapat tengok aku rajin. Tu pun hanya untuk seketika. Ditambah lagi dengan ketidakstabilan hormon, aku jadi bertambah-tambah lifeless. Dari katil ke meja, meja ke katil. Kat katil tido, kat meja makan. MAKAN ye. BUKAN study -.- . Masalahnya bila aku malas macam ni, aku suka salahkan hormon-hormon aku. I bet memang sepanjang dekat dua dekad usia aku, hormon aku tak pernah stabil kot. Jadi, sila suggestkan mana-mana suntikan 'rajin' untuk aku. Botox taknak eh. Aku dah terlebih awet muda dahh. :P

Now aku kat rumah. Bila dah kat rumah tu pepaham jela kan. Memangla pada dasarnya, aku bawak beg yang penuh dengan kertas, nota, dan buku teks. Namun, pada hakikatnya, aku tak rasa nak sentuh pun mereka. Ntah kenapa. Tangan aku memang jahat. Haishh. Dasar manusia taktawu bersyukur! Kemain la kan bawak buku bagai. Last-last gi bukak buku muka aka fesbuk gak.

Ok fine aku perlu untuk rajin. Isnin Selasa aku ada test berat. Organic Chemistry and PCP atau nama panjangnya, Principles of Chemical Processes. Bagi yang genius lagi bijak lagi hebat, bagi mereka ini hanya test ringan, subjek yang petik jari terus dapat A+. Tapi bukan untuk aku. Kalau aku petik jari je, takde usaha,  insyaAllah phaaaailll. -.-" And then Rabu petang ada kuiz Seni Tari. Seni Tari pun nak ada kuiz. Teori?? Apeke?? Cik Rasul cakap subjek Ko-Q ni susah nak dapat A. Perghh. Kalau Ko-Q wa tak dapat A memang masakkk la aku kan. Malu bhaiii maluu. Sebab orang selalu cakap, 'Ko-Q je pung, lek ahhh.' Hmmphh. Ini semua salah cik Rasul. Tengoktengok! Suka salahkan orang lain. Tak baik tau!

Pastu tak lama lagi study week. Aku risaukan TITAS aku. Kenapa? Sebab aku tak pernah hadap pun buku Titas. Time lecture, lekat di mata, tapi tak di telinga or hati. Jadi? Ini bermaksud, aku bakal memorise segala benda dalam masa yang singkat before final. Kalau aku berjaya, then aku rasa akulahh anak yang hebat lagi genius :D . Oh-ver tau! -.- OK, sebelum aku merepek lagi panjang, baik aku berenti. Before that, somebody plizzz. Push me to study. Okayyyyyyyyyyyyyy, tepuk support plizzz. HOHO.

Alasan seorang aku. HAHA!

Terima kasih kerana sudi membaca!
Salam sayang,
Nadiya Kamal.

No comments: